04 Mei 2009

Catatan 13 : Guru di Pedalaman

Saya menulis tentang isu ini kerana dicetuskan oleh pensyarah saya pagi tadi. Dalam kuliahnya, pensyarah tersebut ada membangkitkan bagaimana guru boleh meramal (target) pencapaian muridnya untuk UPSR sedangkan aplikasi statistik sebenar tidak digunakan. Baginya, guru begini adalah "guru yang tak berguna" dan patut di hantar ke Ulu Tembeling.

Saya tidak tahu pensyarah bertaraf Phd tersebut pernah menjadi guru sekolah rendah ataupun tidak. Untuk membuat unjuran ramalan pencapaian, biasanya sekolah menggunakan TOV sebagai satu petunjuk dan keputusan murid sentiasa dipantau dan perbaiki dalam setiap penilaian atau peperiksaan percubaan UPSR. Guru juga menggunakan pemerhatian 5 tahun terhadap murid tersebut selain perkembangan murid dalam kelas.

Berbalik kepada isu, adakah sekolah-sekolah pedalaman hanya layak menerima "guru yang tak berguna". Benarkah wujud kelompok guru yang tak berguna ini?

Di Pahang, ada sebilangan sekolah yang sukar dicapai kerana keadaan muka bumi. Sekolah-sekolah berkenaan berada di Pedalaman Lipis, Pedalaman Cameron Highlands, Pulau Tioman, Kuala Tahan dan Pedalaman Bera.

Sepanjang bertugas, saya pernah beberapa kali ke sekolah pedalaman, sama ada melalui jalan denai, jalan balak , menyusuri sungai atau meredah ombak. Kehadiran saya adalah kerana pebagai program terutama sebagai jurugambar rasmi lawatan kerja pegawai tertinggi KPM.

Paling kerap, sekolah-sekolah di lembah Kuala Tahan. Di situ terdapat sebuah sekolah rendah iaitu SK Kuala Tahan. Menyusuri sungai dengan bot kecil selama 1 jam boleh sampai ke SK Kampung Pagi, kemudian 1 jam lagi, akan tiba di SK Kuala Sat. Menambah 3-4 jam lagi perjalanan bot, akan tiba di SK Ulu Tembeling. Jika terus ke atas, menyusuri sungai 1 jam lagi akan tiba di SK Gusai dan SK Mat Daling.

Saya juga pernah mengikuti lawatan pegawai KPM di Pulau Tioman. Bermula di tempat penginapan di Salang, kami meredah ombak selama 1 jam dengan bot kecil di lautan terbuka untuk ke SK Juara (berada di sebelah timur Tioman - menghadap lautan antarabangsa). Kemudian kami meredah ombak lagi untuk ke SK Mukut yang berada di selatan Tioman. Akhirnya, berada kami di SK Tekek, bandar kecil untuk pulau ini. Lencun baju dengan tempias ombak yang memercik kedalam bot.

Melalui pemerhatian saya, guru-guru di pedalaman amat dedikasi dan komited dengan tugas mereka. Ini kerana mereka tinggal dalam persekitaran kampung itu sendiri dan biasanya dilayan bagai "bakal menantu". Di kawasan sebegini, sekolah adalah medan utama untuk pelbagai aktiviti. Tidak hairanlah, aktiviti kampung di buat di sekolah dan aktiviti sekolah dipenuhi orang kampung.

Jika sekolah-sekolah ini menjadi "recycle bin" bagi guru-guru yang tak berguna, bagaimana mereka mahu berkhidmat? Sepanjang pengalaman saya, jika guru-guru yang tak berguna ini di hantar ke kawasan pedalaman seperti ini, mereka tidak akan pergi melapor diri. Hanya guru yang benar-benar komited terhadap profesion mereka akan hadir dengan membawa bersama mereka angin pembaharuan dan kemajuan kepada anak-anak pedalaman ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri komited untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar, luar bandar dan pedalaman. Tidak hairanlah, sekolah-sekolah pedalaman sentiasa menjadi perhatian KPM dan agensi-agensi tertentu untuk di beri bantuan. Kemudahan seperti perpustakaan yang lengkap (ada sekolah pedalaman yang nisbah buku - seorang murid = 100 buku) dan capaian internet melalui perkhidmatan schoolnet (satelit). Selain itu, bantuan agensi swasta dan NGO sentiasa mencurah-curah ke sekolah-sekolah ini.

KPM juga menyediakan intensif khas kepada guru-guru pedalaman. Mereka dibayar elaun pedalaman (berdasarkan jarak). Mereka juga diberi keutamaan untuk menyambung pengajian dan pelbagai intensif lain.

Oleh itu, saya tidak faham kenapa seorang yang bergelar doktor (Phd) boleh berkata demikian, seolah-olah menongkah arus kemajuan yang dibina KPM. Sudahlah begitu, menurutnya, sistem peperiksaan di negara ini rendah martabatnya. Baginya, sistem di negara-negara barat lebih bagus dan efisyen.

Apapun, buat guru-guru, teruskan usaha murni anda semua. Abaikan mereka yang gemar memperlekehkan pendidikan di negara sendiri. Malah, mereka yang hebat juga lahir dari sistem pendidikan yang mereka kecam ini.

Saya teringat kata-kata seorang pengetua - "my core business is teaching".


Selamat Hari Guru 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa
http://www.moe.gov.my/hariguru


-rentaka : teringat cerita Cikgu Limau Kasturi...
.

15 ulasan:

  1. syabas cikgu, begitulah resam manusia. agaknya pensyarah PHD cikgu tu lahir orang bandar yang kampung halamannya dibandar besor. masa belum ada jambatan di chenor ni cikgu2 naik perahu atau bot penambang untuk pergi mengajar keseberang. ada yang tinggal diseberang tanpa api,air dan sebagainya. tapi mereka sangat tinggi semangat juangnya sebab itu lahir ramai dato'2, pegawai2 daerah, dan pegawai2 tinggi kerajaan dan swasta dari seberang sana. saya setuju jika cikgu yang tak ada semangat memang tak akan pergi pun kependalaman, nampok sungai pun cabut. begitu juga sekarang cikgu2 yang ada di kawasan Maran ini sangat berdedikasi dengan tugas mereka . lihat saja pencapaian UPSR tahun lepas. tempat lain saya tak tahu , tapi di maran ni cikgu2 sangat bersemangat.
    selamat hari guru, semoga tuan2 dan puan2 sentiasa diberkati ALLAH.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Sdr Kepang Chenor...

    Saya cadangkan dibuat sedikit penghargaan kepada guru-guru sekolah pedalaman di Maran ini. Biar mereka rasa dihargai oleh kita semua.

    Untuk makluman awal, Maran adalah tuan rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2009, yang dijadualkan diadakan pada 22 & 23 Mei 2009 di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Maran.

    BalasPadam
  3. cadangan yang amat bernas...bukan saja akan menaikkan semangat untuk mengajar malah ianya juga mampu menaikkan taraf pendidikan anak-ank cucu kita kelak di daerah maran.

    BalasPadam
  4. Begitulah keadaannya dunia sekarang..
    Saya yang hanya sedikit pengalaman, sudah dapat melihat keadaan itu...
    Moga saya tidak begitu bila punya ilmu nanti...
    Besar tanggungjawab yang bakal saya pikul nanti...

    BalasPadam
  5. CTB - Cadangan perlukan perbincangan lanjut. Moga jadi realiti.

    Misraini - Begitu mudah unutk menjadi guru, tetapi sukar untuk menjadi Pendidik...

    BalasPadam
  6. betul...
    tak semua guru pedalaman tak guna...see the leg r..

    gusai mari..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama - Terpencil bukan bererti terpinggir...

    BalasPadam
  8. saya antara guru yang kini mengajar di pedalaman sarawak iaitu di KAPIT...sekolah saya begitu jauh dengan pekan kapit.pedalaman P3..tiada talian telefon dan kami terus mengajar dan mendidik anak pribumi sarawak ini seperti kanak-kanak biasa juga.Majoriti disini berkaun iban. Sebagai seorang guru, tugasnye adalah mengajar. Dengan penuh rase tanggungjawab kami sedaya upaya mendidik mereka yang jauh ketinggalan demi merasi nikmat yang serupa dengan mereka yang di bandar. Masalah kemudahan disini yang terhad membataskan segalanya. tidak semua sekolah mendapat bantuan dari NGO..sekolah kami yang daif ini bagaikan sebuah pondok yang tetap indah dihiasi dengan benih2 ilmu. Guru-guru disini penuh semangat mendidik anak pribumi dengan mengorbankan segalanya termasuklah wang ringgit sendiri dan tenaga.

    BalasPadam
  9. Saya harap dapat mengajar di pedalaman kerana anak-anak pedalaman need us !!!!

    BalasPadam
  10. i berpendapat ada sesetengah cikgu bandar lebih tak professional .. semakin lama semakin malas dan gemuk !!!!!!!!!!!!!!!!!
    sebaliknya cikgu-cikgu di pedalaman semakin sabar dan tabah !!!!

    BalasPadam
  11. Saya sering masuk ke sekolah2 pedalaman..atas urusan kerja..tapi malangnye dari mata kasar saya guru2 disitu mcm xkomited je ngan pendidikan..balik awal..hari jumaat kol9 pnp dh abis..ari biase kol 11..cmna r bdk2 tu nk follow arus Pndidikn yg smakin sengit la ni..bkn semua tp ramai..tambah2 pula skolah yg btol2 pedalaman..sedih..gaji mhal,elaun tinggi..tp kerja cmni..

    BalasPadam
  12. saya pernah mengajar di Gua Musang selama 13 tahun. Kami di pedalaman sangat komited terhadap kerja walaupun tanpa guru besar berbulan-bulan. Tiada guru yg tak masuk kelas atau mengajar sambil lewa. Tapi bila saya bertukar di kawasan yg dikatakan hampir dengan bandar guru-guru adalah sebaliknya. Hanya sebahagian sahaja yg komited . yg lain hanya mementingkan diri sendiri. malas mengajar bawa murid gi library. di ulu kami x pernah buat begitu

    BalasPadam
  13. Pengalaman mengajar hampir 4 tahun di Beluran Sandakan Sabah mengajar tentag ketabahan guru2 disini yg majoriti dari semenanjung untuk membentuk anak2 pribumi disini menjadi insan yg cemerlang walaupun dalam serba kekurangan.

    BalasPadam
  14. Rentaka...good job...we need some one open minded like u....kebanyakan guru pedalaman mgg multi tasking..elaun pedalaman diberi sebab cgu tu ada kat kawasan susah..so sape brani dapat r...susah ni bukan bkn payah nak sampai je...susah ni mcm2..klu hospital jauh..ada keCemasan payah r...bini bersalin..patah kaki...umah kene rompak..dll..so x releven asik ungkit pasai elaun n keluar masuk awal..klu pejabat nak buat urusan sempat ke pas sekolah baru g? Cuti guru ni sikit bkn mcm gb...so kira OGS r...ada cgu pedalaman pgg jawatan banyak n ngajar banyak kelas...setakat pk1..tukar2 je kerani x masuk...gb pn payah nk yang tetap..org besar dtg di jemput balik di hantar...cgu gak sendiri2..sek pedalaman pcg kecik...tau x mcmana nk dapat duit? elaun tu r...donate sikit2...wang kerajaan ni nk guna bnyk cekadak...wat L.O...cini term semua nk cash..so sya sokong guru pedalaman...jgn nk ngata klu x kene...pengorbanan jauh dari keluarga dn sabung nyawa ke tempat kerja setakat seribu atau dua bukan lah nilainya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju...erm mgg org besar selalu kata cgu pedalaman gaji besar so kualiti kena la naik..padahal lhdn sudah potong cukai dr mereka awal2...cos keluar masuk tinggi dan risiko juga...pndidikan kini mgg sudah sengit dan semakin senget....yg pantau guru pedalaman nmpak nk marah aja. ..cuba membantu...tekanan tau cgu! SEKARANG asik online konon cangih ceh...kat sini pwncawang pn tadak....bab2 nak ungkit2...ungkit r kontrak2 yang bazir2 tu..lg bnyak...admin try wat kajian kes ka?...hehehe ada gak g pantau sikolah urang bwa fmily bercuti ke pa? K tq

      Padam