17 Mei 2009

Catatan 17 : Wira yang Terabai

Hari ini saya melihat berita di EDUWEBTV. Berita tentang sambutan hari guru. Berita utama memaparkan catatan blog YAB Perdana Menteri Malaysia tentang guru. Antara petikan catatan tersebut ;

"Pada saya guru adalah antara wira yang paling terabai di dalam negara kita"
http://www.1malaysia.com.my/index.php?option=com_jb2&PostID=67&view=post&Itemid=60

Adakah benar? Saya tidak mahu menjawabnya. Anda boleh menilainya.

Hari Guru seperti biasa disambut oleh guru sendiri. Guru akan syok sendiri. Amat kurang pihak luar yang akan meraikan guru. Guru akan raikan sesama sendiri. Malah ada sekolah, hari guru disambut bersama ibubapa/penjaga. Guru akan buat aktiviti untuk ibubapa/penjaga bersama murid. Jadi, siapa yang patut raikan hari guru? Biarlah. Gurukan diibarat seperti lilin. Membakar diri untuk orang lain.

Sebenarnya, selain guru, kakitangan bukan akademik atau staf adalah penyokong kejayaan sistem pendidikan kita. Saya rasa kesemua sekolah akan libatkan mereka dalam sambutan hari guru. Mereka ini terdiri dari pembantu tadbir, pembantu pejabat, pembantu makmal, pekerja kebersihan, pengawal keselamatan dan lain-lain jawatan bukan akademik. Walaupun mereka bukan guru, tetapi jasa mereka juga cukup besar. Mereka juga adalah "wira yang terabai".

Saya sendiri menerima ucapan sms hanya daripada kalangan guru-guru / kakitangan pendidikan sahaja. Hanya melalui blog ini, ada juga pihak luar mengutus ucapan. Terima kasih saya ucapkan. Saya amat menghargainya.

Pagi tadi, kebetulan saya ke sebuah pasaraya di Bandar Jengka. UM Bandar Jengka. Anda boleh cari jika berkesempatan. Di hadapan pasaraya berkenaan, sebuah kain pemidang besar tertulis mengucapkan Selamat Hari Guru. Satu frasa berbahasa Inggeris yang memuji peranan guru turut ditulis. Saya agak terkesima, malah ramai pengunjung saya lihat turut membaca dan kagum dengan usaha pasaraya ini. Amat jarang pihak yang berorientasikan komersil akan berbuat begini. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada pasaraya ini.


"Guru bukan hanya semata-mata bertujuan untuk mengajar kita membuat kira-kira tolak atau campur, atau untuk membaca dan menulis dalam pelbagai bahasa, atau pun untuk menghafal tarikh-tarikh penting dalam sejarah kita.Kehadiran mereka adalah untuk mendidik kita bagaimana untuk menjadi kreatif, menjelaskan pandangan diri kita dengan baik dan memahami peranan dan potensi diri kita di dalam masyarakat."
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.
15 Mei 2009 (blog 1Malaysia)
.
.
.
rentaka
.

3 ulasan:

  1. kawan tak tau org lain, tapi kawan sgt hormat dan sayang dgn insan yg bergelar cikgu.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum akhi...
    Bersihkan niat menjadi guru...
    Allah menganugerahkan kita kebolehan untuk menajdi pendidik.
    Ia merupakan mandat besar yang diamanahkan oleh-Nya.
    Keikhlasan itu penting.
    Tanamkan niat, ingin mencapai takah MURABBI, Daei'yang ikhlas dalam dunia pendidikan.
    Keikhlasan itu akan membuatkan kita sentiasa berasa senang walaupun tidak dihargai...
    Allah Maha Memahami ya akhi... =)
    Moga dipermudahkan urusan akhi...
    Yahfazukallah wadaa-iman fi 'aunillah warahmatih..
    Baarakallahu fiik...
    Wassalam...

    BalasPadam
  3. Sdr Kepang Chenor - Tanpa cikgu, siapalah kita.

    Sdri Misraini - Ranjau sdri sebenarnya belum bermula. Selamat datang ke dunia pendidik...

    BalasPadam