27 Julai 2009

Catatan 19 - PPSMI selepas 2014

Seperti mana yang kita maklum, mulai 2012, subjek Matematik dan Sains akan kembali di ajar melalui medium Bahasa Melayu. Ini bermakna, selepas 2014, tiada lagi PPSMI.

Kita juga sedia maklum, dasar PPSMI ini telah ditentang keras oleh segelintir pihak yang kononnya mendukung kedaulatan Bahasa Melayu. Sedangkan, apa yang lebih jelas, isu PPSMI dijadikan bahan jajaan politik demi kelangsungan politik mereka.

Apabila kerajaan mengambil keputusan memansuhkan PPSMI bermula 2012, sekali lagi ia menjadi bahan sinis. Kononnya ia adalah gula-gula kerajaan untuk mempertahankan kerusi dalam pilihanraya akan datang. "Mereka" yang mendesak supaya mansuh, kemudian, selepas dimansuhkan, "mereka" juga yang berpandangan sinis...

Ada juga yang berpendapat PPSMI perlu dihentikan secara terus 2010. Kita perlu faham dengan persediaan yang perlu dibuat. Bagaimana dengan buku teks yang telah disediakan sehingga 2011, peralatan yang sedia dihantar sehingga 2011. Semua itu menjadi pertimbangan kerajaan dalam membuat keputusan.

Dalam isu ini, sebagai pelaksana dasar, saya hanya menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. PPSMI tidak gagal, kerana, banyak kesan baik dan langsung yang berlaku apabila PPSMI mula diperkenalkan.

Berfikirlah secara positif dan optimis...