03 September 2009

Catatan 20 : Statistik

Catatan kali ini sekadar berkongsi maklumat. Statistik ini hanya melibatkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sehingga kini, jumlah sekolah dibawah kelolaan KPM berjumlah 9,844 buah dengan 7,655 buah adalah sekolah rendah dan 2,189 buah pula sekolah menengah. Jumlah murid disemua sekolah tersebut berjumlah 5,416,924 orang dengan 3,111,948 orang lelaki dan 2,304,976 orang perempuan.

Bagi sekolah rendah , terdapat 219,766 orang guru di bawah KPM. Daripada jumlah itu, 67,947 orang adalah guru lelaki dan 151,819 orang adalah guru wanita. Peratus guru lelaki berbanding jumlah keseluruhan adalah 31% dan guru wanita adalah 69%. Manakala bagi sekolah menengah, terdapat 166,265 orang guru di bawah KPM. Daripada jumlah itu, 53,825 orang adalah guru lelaki dan 112,440 orang adalah guru wanita. Peratus guru lelaki berbanding jumlah keseluruhan adalah 32% dan guru wanita adalah 68%. Jumlah keseluruhan guru adalah 377,031 orang.

Bagi bukan guru (kakitangan sokongan) terdapat sejumlah 36,971 orang di sekolah rendah dengan pecahan 13,463 orang lelaki dan 23,508 orang wanita. Di sekolah menengah, terdapat 17,994 orang lelaki dan 29,982 orang wanita yang membawa jumlah 47,976 orang. Jumlah keseluruhan bukan guru adalah seramai 84,947 orang.

Jika dijumlahkan bilangan guru dan bukan guru, terdapat 461,978 orang kakitangan kerajaan yang berkhidmat dibawah KPM. Ini belum ditambah pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan yang juga berkhidmat di bawah KPM tetapi ditempatkan di KPM sendiri, 27 buah Bahagian, IAB, Jemaah Nazir, Lembaga Peperiksaan , 16 buah Jabatan Pelajaran Negeri serta Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara. Kemungkinan jumlah keseluruhannya boleh mencecah 500 ribu atau setengah juta orang.

Untuk maklumat, guru adalah satu-satunya kakitangan kerajaan yang terdapat di seluruh negara, setiap bandar, setiap pekan, setiap kampung, setiap rancangan Felda, setiap estet perladangan dan di mana sahaja hampir 10 ribu buah sekolah tersebut didirikan.

1/2 juta orang penjawat awam dibawah KPM.
5.4 juta orang murid sekolah.


Anda terfikirkan sesuatu? Terpulanglah...




Rentaka

*Nota: Semua data adalah berasaskan pada 31 Januari 2009 dan data ini boleh dicapai di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - http://www.moe.gov.my/ .

3 ulasan:

  1. Guru Lelaki 53,825
    Guru Wanita 112,440
    Jumlah Keseluruhan Guru 377,031

    Guru Mana yang ajar ni?

    BalasPadam
  2. Jawapanya;

    Guru lelaki campur-campur guru wanita jadi logiknya tambahan penduduknya digolongkan warga guru.

    Berapa markah cikgu untuk jawapan diatas?

    BalasPadam
  3. itu guru sekolah menengah sahaja... kalau sendiri yg salah jgn nak salahkan guru... sigh..!!

    BalasPadam