15 Januari 2011

Catatan 22 : Schoolnet

Setelah hampir setahun tidak menulis akibat fenomena Facebook, saya merasakan perlunya kembali ke dunia blog bagi menyalurkan pandangan saya terhadap dunia pendidikan.

  1. Di semua sekolah sejak beberapa tahun yang lepas, dibina Makmal Komputer. Ia betujuan bagi membantu proses Pembelajaran dan Pengajaran terutamanya yang berkaitan ICT.
  2. Makmal komputer ini dibekalkan dengan talian internet yang dinamakan Schoolnet. Penyedia perkhidmatan ini adalah GITN.
  3. Melalui GITN, kesemua sekolah dibekalkan Schoolnet melalui beberapa medium. 2 medium utama ialah talian tetap TM yang lebih dikenali ADSL dan melalui satelit yang lebih dikenali VSAT.
  4. Sejak itu, murid-murid mendapat manfaat yang bukan sedikit selain melicinkan proses pentadbiran sekolah, apatah lagi, proses surat mula diganti dengan e-mel.
  5. Namun begitu, sejak 14 Jan 2011, khidmat ini telah dihentikan kerana tamatnya kontrak GITN bersama KPM pada 31 Dis 2010.
  6. Ini sedikit sebanyak akan merencatkan beberapa agenda yang telah dirancang dan yang sedang dilaksanakan.
  7. Pihak KPM sendiri telah meminta semua sekolah untuk mendapatkan ISP sendiri dalam keadaan ini.
  8. Walaubagaimanapun, sekolah juga perlu berhati-hati dengan mana-mana tawaran ISP agar tidak mendatangkan kesan buruk pada masa akan datang. Kontrak sebolehnya dielakkan supaya tidak terikat dengan ISP berkenaan dan kawalan penggunaan juga perlu dititikberatkan.
  9. Apapun, kita semua berharap, proses ini akan terus berjalan dan mendatangkan kebaikan kepada sistem pendidikan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan