Setelah hampir setahun tidak menulis akibat fenomena Facebook, saya merasakan perlunya kembali ke dunia blog bagi menyalurkan pandangan saya terhadap dunia pendidikan.
- Di semua sekolah sejak beberapa tahun yang lepas, dibina Makmal Komputer. Ia betujuan bagi membantu proses Pembelajaran dan Pengajaran terutamanya yang berkaitan ICT.
- Makmal komputer ini dibekalkan dengan talian internet yang dinamakan Schoolnet. Penyedia perkhidmatan ini adalah GITN.
- Melalui GITN, kesemua sekolah dibekalkan Schoolnet melalui beberapa medium. 2 medium utama ialah talian tetap TM yang lebih dikenali ADSL dan melalui satelit yang lebih dikenali VSAT.
- Sejak itu, murid-murid mendapat manfaat yang bukan sedikit selain melicinkan proses pentadbiran sekolah, apatah lagi, proses surat mula diganti dengan e-mel.
- Namun begitu, sejak 14 Jan 2011, khidmat ini telah dihentikan kerana tamatnya kontrak GITN bersama KPM pada 31 Dis 2010.
- Ini sedikit sebanyak akan merencatkan beberapa agenda yang telah dirancang dan yang sedang dilaksanakan.
- Pihak KPM sendiri telah meminta semua sekolah untuk mendapatkan ISP sendiri dalam keadaan ini.
- Walaubagaimanapun, sekolah juga perlu berhati-hati dengan mana-mana tawaran ISP agar tidak mendatangkan kesan buruk pada masa akan datang. Kontrak sebolehnya dielakkan supaya tidak terikat dengan ISP berkenaan dan kawalan penggunaan juga perlu dititikberatkan.
- Apapun, kita semua berharap, proses ini akan terus berjalan dan mendatangkan kebaikan kepada sistem pendidikan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan