Pada hari ini, 26 Februari, 30 tahun yang lalu, saya telah selamat dilahirkan. Dilahirkan di sebuah rumah Felda, dalam keadaan serba sederhana.
Kenapa lewat menulis tentang ini. Saya sengajakan. Menunggu detik-detik hari bahagia ini berakhir. Hanya sekali dalam seumur hidup saya akan berusia genap 30 tahun. Sekejap lagi, sudah menjadi 30 tahun 1 hari.
Syukur Alhamdullillah kerana dipanjangkan usia hingga ke hari ini. Terima kasih atas ingatan sama ada melalui panggilan telefon mahupun melalui sms daripada keluarga, pihak atasan dalam organisasi saya mahupun rakan-rakan semua.
Saya menyambutnya secara sederhana kali ini. Bersama rakan-rakan di sini. Terima kasih atas hadiah yang amat bernilai iaitu "persahabatan".
Memasuki usia 30, ibarat memasuki fasa ketiga kehidupan. Sebenarnya saya telah terlepas target, kerana masih belum berjaya sepenuhnya dalam akademik. Peluang yang sukar diperolehi kerana sibuk membina kerjaya. Kekangan masa dan hambatan kerja membuatkan saya lewat menyambung pengajian. Tak mengapalah, kerana kini pun saya masih dalam proses mendapat segulung ijazah sarjana muda. Apa cara sekalipun, perlu diselesaikan proses pengajian ini.
Target saya untuk 10 tahun mendatang (sebelum usia 40 tahun) adalah untuk berjaya dalam akademik dengan memperolehi Master. Selain itu, tentulah hidup berpasangan dan membina keluarga. Kerjaya saya pula dalam bidang pendidikan perlu diperkukuhkan dengan prestasi kerja yang cemerlang. Malah target utama saya sebelum usia 40 tahun adalah menjadi tetamu Allah dengan menunaikan Rukun Islam kelima. Bagi saya, jika semua target ini tercapai, lengkaplah hidup saya ini...
Kepada semua yang menyampaikan doa kebaikan untuk saya sempena ulang tahun ini, terima kasih banyak-banyak. Saya juga mendoakan kebaikan yang serupa buat semua.
Selamat Ulang Tahun buat jiwaku, mindaku, jasadku dan rohku...
Happy 30th Birthday
26 Februari 2009
25 Februari 2009
Catatan 8 : Peningkatan Ilmu
Hari ini merupakan hari ketiga saya berada di salah sebuah kampus cawangan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Insya-Allah, saya akan berada di sini selama 3 bulan sehingga penghujung Mei 2009 sebagai persediaan sebelum meneruskan ke program PJJ Sarjana Muda.
Melihat di kampus ini, ingatan saya kembali setelah 10 tahun meninggalkan kampus semasa menuntut di peringkat Diploma dahulu. Kembali tinggal di asrama dengan peraturannya, kembali membuat tugasan daripada pensyarah, kembali duduk di bilik kuliah dan kembali makan mee segera kerana malas hendak ke kafeteria.
Masih teringat ketika zaman kuliah terdahulu, kebetulan ketika itu di Kuala Lumpur. 1997 - 2000. Zaman panas politik. 1998 - pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Reformasi di sana sini. Kebetulan, kampus saya berada disebelah hospital yang merawat bekas TPM ketika itu yang sakit pinggang. Tak dapat dilupakan, helikopter polis berkeliaran sepanjang masa. Pantang ada yang duduk dalam kumpulan, akan disuluh dengan lampu sorot helikopter, termasuk pelajar kampus saya. Ceramah politik merata-rata. Pelajar kampus saya turut serta atas dasar ingin tahu, kerana kami dilarang berpolitik. Apatah lagi kehadiran kami ke ceramah di awasi pensyarah yang menjadi "mata-mata gelap".
Kebetulan, kini, ketika saya ingin menyambung ke peringkat Sarjana Muda, politik juga panas. Panas kerana TPM yang dipecat suatu hari dulu, telah bebas dan mula memasang strategi untuk berkuasa di Putrajaya dan Parlimen. Cuma hari ini di sini, semua tak berminat untuk bercakap tentang politik kerana lebih fokus kepada pembelajaran. Apatah lagi tidak mengetahui rakan kita adalah penyokong parti politik yang mana.
Selama 3 bulan ini, Insya-Allah saya akan terus menulis demi kebaikan sistem pendidikan negara kita. Saya sedar, suara golongan "pelaksana dasar" ini jarang akan didengari oleh "pembuat / penggubal dasar". Namun, sekurang-kurangnya, kita berada dalam satu kapal yang sama, kapal yang membawa bersama harapan 6 juta orang murid-murid sekolah di Malaysia. Kemudilah kapal ini sebaik / secemerlang mungkin, hingga tiba dipelabuhan seterusnya. Apa jua rintangan dan cabaran, selesaikanlah dengan penuh hikmah.
Pelbagai isu pendidikan masih belum selesai terutama polemik PPSMI. Kini, pelbagai pihak semakin berani menentang dasar kerajaan kerana mereka rasa akan dapat faedah apabila menonjol. Nasib 6 juta orang tadi dikesampingkan. Keuntungan peribadi diutamakan. Oleh itu, susah-sudahlah. Cukup-cukuplah. Jangan politikkan sistem pendidikan kita...
Buat semua, dengan memberi pandangan bukan bermakna saya menentang atau menderhaka...

18 Februari 2009
Catatan 7 - PPSMI : Hujah@TV9
Malam tadi saya menonton rancangan Hujah di TV9. Siri kali ini menarik kerana dibuat secara langsung dari DBP dengan tetamunya 3 orang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Semua aspek dan isu-isu terkini dihujahkan oleh ketiga-tiga panel malam tadi.
Salah satu isu adalah pelaksanaan PPSMI. Namun, saya agak kecewa kerana jawapan yang diberikan oleh panel hanyalah "jawapan selamat". Dalam keadaan polemik hari ini, calon Ketua Pemuda masih belum berupaya memperlihatkan pendirian sebenar dalam isu PPSMI. Panel-panel tidak berani mengatakan bersetuju atau menentang, sebaliknya "bersetuju dengan pindaan". Ini bermakna, ada agenda tersirat dalam hujah mereka.
Bagi pembaca blog yang mungkin tidak dapat menonton atau ingin menonton semula rancangan Hujah malam tadi, bolehlah menonton di laman web TV9 - http://www.tv9.com.my/. Anda mungkin perlu mendaftar untuk menonton. Jika inginkan rakamannya, boleh dapatkannya daripada saya, yang telah dimuat turun dari laman web TV9. Hakcipta rakaman adalah hakmilik TV9 / Primeworks Studios.
Apapun, syabas TV9 kerana memberi ruang kepada rakyat memahami aspirasi pemimpin.

17 Februari 2009
Catatan 6 - PPSMI : Terus relevan?
Nampaknya isu PPSMI masih belum selesai. Setelah berbondong-bondong kumpulan menentang pelaksanaan PPSMI (walaupun dah dilaksanakan 6 tahun), kini wujud pula kumpulan yang menyokong PPSMI diteruskan. Polemik ini bakal berterusan sehingga Menteri Pelajaran baru (jika berlaku) dilantik dalam rombakan kabinet selepas Perdana Menteri baru dilantik.
Siaran Buletin Utama TV3 malam tadi menyiarkan pendapat orang ramai yang menyokong PPSMI. Siaran TV3 ini dipetik dari portal TV Pendidikan di www.eduwebtv.com. EduwebTV dipetik sebagai berkata - Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik, PPSMI perlu dilihat daripada aspek tanggunjawab kerajaan dalam membangunkan generasi murid yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi.
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=21&vidgrp=1&idcaller=menu_pub#
Selain itu, tindakan membuat laporan polis kerana PPSMI dikatakan melanggar perlembagaan negara juga dipertikaikan kerana laporan ini dibuat selepas 6 tahun pelaksanaan PPSMI. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoal tindakan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) membuat laporan polis berhubung Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya selepas enam tahun dasar itu diperkenalkan. Beliau berkata dasar PPSMI telah diperkenalkan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran lagi.

Dakwaan liar bahawa ada 4 negeri (Sabah, Sarawak, Perlis dan Kelantan) yang gagal dalam Sains dan Matematik dalam UPSR lepas juga jelas bermotif jahat. Sebagai guru, tidak sesekali perkatan gagal digunakan apabila merujuk kepada yang tidak mencapai tahap tertentu. Perkataan gagal adalah terma yang kejam kepada seorang murid. Malah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan akhbarnya berkata, keempat-empat negeri tersebut mencapai tahap melebihi 60%. Persoalan kini, data manakah yang dicapai oleh pihak membuat dakwaan liar tersebut.

Kini, sampai masa kita membuat satu keputusan muktamad. Teruskan atau hentikan PPSMI. Jangan lagi kita gadaikan masa depan anak bangsa kita demi keuntungan peribadi kita.
Saya juga dulu adalah guru Matematik era PPSMI. Saya tahu apa yang berlaku !

06 Februari 2009
Catatan 5 - ETeMS
Mungkin ramai yang kurang mengerti bila disebut ETeMS. Ia sebenarnya adalah PPSMI atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dikalangan mereka di bidang pendidikan, akronim ETeMS lebih banyak digunakan.
Saya sendiri memiliki sijil kelayakan mengajar ETeMS yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru - BPG pada tahun 2003. Ketika itu, saya masih seorang guru. Untuk menjadi guru ETeMS, bukan mudah. Kursus harian 3 hari seminggu selama hampir 3 bulan. Di ikuti kursus berpusat beberapa kali, dengan setiap satu kursus berpusat selama seminggu. Kemuncak, ujian. Tapi banyak yang saya lupa kerana sudah lama dan saya pun sudah 3 tahun tak mengajar di kelas, bertugas di pejabat.
Melalui kursus, memang sukar. Fasilitator sememangnya betul-betul menyediakan guru ETeMS yang berkualiti. Habis kursus, layak mengajar kelas yang ada ETeMS. Dapatlah extra 10% tambahan gaji apabila ada sijil.
Pengalaman saya berhadapan dengan ETeMS, saya tidak nampak apa masalahnya. Cuma perubahan istilah. Namun, jika istilah itu sudah dipupuk sejak darjah 1, malah di Prasekolah, murid dah biasa. Mereka lebih selesa menyebut one, two, three, plus, minus berbanding satu, dua, tiga. Ini kerana di sekolah, kami ada cara. Ada kaedah. Insya-Allah, murid-murid boleh belajar dengan selesa.
Pengalaman menarik ketika saya terlibat dalam penggambaran video pengajaran seorang guru yang akan bersara. Tahun 2008. Kelas Matematik yang dipilihnya memerlukan dia mengajar dalam bahasa Melayu, seperti yang ditulis dalam skrip. Ketika mengajar, tiada respon dari murid. Penggambaran video terpaksa dihentikan. Rupanya murid tahun 6 tersebut tidak memahami istilah Matematik dalam Bahasa Melayu setelah 6 tahun belajar dalam Bahasa Inggeris. Saya melihat ia satu kejayaan kerana murid berjaya menguasai semua perkara dalam ETeMS.
Untuk menjayakan ETeMS, selain berkursus, kerajaan melabur lagi dalam menyediakan kemudahan ICT. Walaupun kualiti perkhidmatan yang tidak sepadan dengan nilai yang dibayar, guru-guru bersyukur kerana wujudnya kemudahan seperti ini. Kini hampir semua guru ETeMS ada laptop, hampir semua kelas ETeMS ada skrin dan LCD Projektor. Selain itu, kualiti pengetahuan guru dalam bidang ICT dan teknologi pendidikan semakin meningkat.
Sebagai pegawai yang perlu sentiasa memantau media teknologi pendidikan, saya berharap penggunaan peralatan media ICT dalam ETeMS perlu ditingkatkan. Biar rosak kerana kerap digunakan, bukannya rosak kerana tidak digunakan. Penggunaannya walaupun ada kalanya bukan tujuan untuk ETeMS, asalkan demi kebaikan murid, apa salahnya. Secara jujur, saya pernah melihat laptop yang digunakan bagi tujuan bukan pendidikan. Malah, saya pernah melihat LCD projektor KPM digunakan dalam satu majlis anjuran parti politik. Laptop dan LCD projektor KPM ada lambang Kerajaan Malaysia atau KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia di paparannya.
Setelah 6 tahun ETeMS berjalan, kenapa wujud polemik? Kenapa sekarang? Kenapa bukan tahun 2003 dahulu? Kenapa mahu dihentikan?
Bahasa Melayu tetap dijulang. ETeMS hanya satu istilah. Masih ramai guru yang mengajar ETeMS dalam Bahasa Melayu, tetapi istilah tetap Bahasa Inggeris. Ambil contoh berita di TV. Kenapa masih wujud berita Inggeris, Tamil, Mandarin? Jika betul nak julang Bahasa Melayu, biar semua tengok dan dengar berita Bahasa Melayu. Malah ramai rakyat Malaysia yang lebih suka guna Bahasa Inggeris. Lihat telefon bimbit anda, BM atau English? Komputer yang anda sedang gunakan untuk membaca blog ini, paparan BM atau English? Kita masih Melayu, Masih menjulang Bahasa Melayu. ETeMS hanya istilah, bukan nak tukar bangsa dan bahasa rasmi kita.
Saya berharap isu ETeMS dapat diselesaikan secepat mungkin. Jangan kita korbankan nasib murid-murid kita hanya kerana pendirian dan matlamat perjuangan kita. Sudah-sudahlah...

03 Februari 2009
Catatan 4 - Pendidikan vs Politik
Saya tertarik untuk menulis dalam topik ini selepas membaca blog Aminchenor.blogspot.com tentang kebijakan Yahudi dalam usaha mereka survival di bumi ini. Bayangkanlah dengan hanya 14 juta orang Yahudi di bumi ini, mereka mampu menguasai dunia. Orang Islam di muka bumi dianggarkan ada 1.47 billion, tetapi masih ketinggalan.
Kenapa? Jawapannya mudah. Ilmu pengetahuan. Sama ada ilmu yang baik atau ilmu jahat, mereka (Yahudi) menguasainya. Mereka juga menguasai strategi politik, strategi peperangan dan yang yang paling utama, strategi menguasai jiwa kita. Pelbagai kaedah digunakan, lagu, hiburan terlampau, filem, buku-buku, fesyen dan pelbagai lagi yang biasa kita lakukan. Pengaruh jahat ini perlahan-lahan meresapi jiwa kita.
Sampainya masanya kita terus mengejar ilmu. Sama ada secara formal atau tidak formal. Apa jua kaedah kita menimba ilmu akan lebih menguatkan kita.
Saya secara peribadi kecewa dengan sitem pendidikan kita. Saya yang bertugas dalam bidang ini, walaupun bukan guru, mahukan tindakan yang lebih konsisten dalam apa jua perkara. Pelbagai projek dan program dilancarkan, habis ditengah jalan. Antaranya,
1. PPSMI (ETeMS) - Setelah 6 tahun, isu ini kini dipolitikkan. Siapa mangsa? Guru dan murid. Siapa untung? Pembekal CDRI, Laptop, LCD, Buku Teks dan penyelenggara laptop.
2. Makmal Komputer Sekolah - Sudah Out-Of-Date. Ada lagi ke PC yang guna ram64 sekarang ni? Ada lagi ke Windows 98 sekarang ni?
3. Pusat Akses Sekolah - Hanya setakat beberapa buah sekolah. Fasa seterusnya masih belum pasti. Beruntunglah sekolah yang ada Pusat Akses ini. Beruntunglah pembekal-pembekal PC kepada Pusat Akses ini. Bagaimana sekolah-sekolah yang lain?
4. Perkongsian Pintar - Hanya libatkan beberapa sekolah, terutama di kawasan yang YB kawasan itu adalah yang hireraki tertinggi. Ada pelbagai projek - Intell, Oracle, Lego, Formula1, Permata dan pelbagai lagi. Manfaat? Popularlah YB berkenaan. Selebihnya?Gigit jari...
Semua di atas hanya sebahagian daripada program yang ada. Selebihnya, tidak dapat dinyatakan atas faktor tertentu.
Namun, yang lebih penting, apakah kita benar-benar mahukan ilmu ini akan sampai kepada anak-anak kita atau hanya kita mahu popularkan diri sahaja? Lebih teruk, semua projek ini dilaksanakan hanya kerana akan mendapat laba dari projek ini.
Saya mohon sangat-sangat daripada pemimpin kita. Utamakanlah pendidikan anak-anak kita. Ketepikan faktor politik ketika bekerja. Kita sedang membina Modal Insan yang akan dituai bila mereka dewasa kelak. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menggariskan enam teras utama juga telah menetapkan hala tuju pendidikan kita. Kenapa masih tiada konsisten?
Hari ini saya kecewa melihat anak-anak yang bersekolah tadika terpaksa belajar dibawah pokok hanya kerana sekolah mereka dirantai. Untuk apa kita berkuasa? Untuk menunjuk-nunjuk? Sudahlah. Cukup-cukuplah...
Kepada ibu bapa, utamakanlah pendidikan anak-anak. Pada merekalah masa depan kita berharap.

02 Februari 2009
Catatan 3 - Cukup-cukuplah
Semakin hari, iklim politik di Malaysia semakin hangat. Seolah-olah tiada kestabilan politik. Pelbagai perancangan, perang saraf dan provokasi dihamburkan demi mendapat sokongan rakyat marhaim.
Ini memberi kesan yang besar kepada negara. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang semakin goyah, pelabur-pelabur luar semakin menjauhkan diri dari bumi Malaysia. Rantai ekonomi yang mencakupi semua bidang - pertanian, peruncitan, perkhidmatan dan perlbagai lagi akan terkesan dengan situasi sebegini.
Kepada pemimpin kerajaan samada kerajaan BN atau kerajaan PR, hentikanlah "politiking" ini. Cukup-cukuplah. Rakyat semakin mual dan menyampah. Pihak yang menang, teruskan bekerja. Pihak yang kalah, bantulah dengan cara sendiri pihak yang menang menjalankan tugasnya. Ambillah teladan di Palestin apabila 2 puak - fatah dan hamas bersengketa. Siapa mangsanya?
"Ya Allah, kami berdoa kepada-Mu, sejahterakanlah bumiku ini dari sebarang persengketaan. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui... Amin"

01 Februari 2009
Catatan 2 - Metafora
Rentaka merujuk kepada salah satu daripada senjata api tradisional Melayu yang menggunakan ubat bedil.
Reka bentuk rentaka adalah jenis bedil mudah alih dan agak kecil, lebih pendek berbanding Lela. Pada kebiasaannya, rentaka diperbuat daripada besi.

Langgan:
Catatan (Atom)