Pada hari ini, 26 Februari, 30 tahun yang lalu, saya telah selamat dilahirkan. Dilahirkan di sebuah rumah Felda, dalam keadaan serba sederhana.
Kenapa lewat menulis tentang ini. Saya sengajakan. Menunggu detik-detik hari bahagia ini berakhir. Hanya sekali dalam seumur hidup saya akan berusia genap 30 tahun. Sekejap lagi, sudah menjadi 30 tahun 1 hari.
Syukur Alhamdullillah kerana dipanjangkan usia hingga ke hari ini. Terima kasih atas ingatan sama ada melalui panggilan telefon mahupun melalui sms daripada keluarga, pihak atasan dalam organisasi saya mahupun rakan-rakan semua.
Saya menyambutnya secara sederhana kali ini. Bersama rakan-rakan di sini. Terima kasih atas hadiah yang amat bernilai iaitu "persahabatan".
Memasuki usia 30, ibarat memasuki fasa ketiga kehidupan. Sebenarnya saya telah terlepas target, kerana masih belum berjaya sepenuhnya dalam akademik. Peluang yang sukar diperolehi kerana sibuk membina kerjaya. Kekangan masa dan hambatan kerja membuatkan saya lewat menyambung pengajian. Tak mengapalah, kerana kini pun saya masih dalam proses mendapat segulung ijazah sarjana muda. Apa cara sekalipun, perlu diselesaikan proses pengajian ini.
Target saya untuk 10 tahun mendatang (sebelum usia 40 tahun) adalah untuk berjaya dalam akademik dengan memperolehi Master. Selain itu, tentulah hidup berpasangan dan membina keluarga. Kerjaya saya pula dalam bidang pendidikan perlu diperkukuhkan dengan prestasi kerja yang cemerlang. Malah target utama saya sebelum usia 40 tahun adalah menjadi tetamu Allah dengan menunaikan Rukun Islam kelima. Bagi saya, jika semua target ini tercapai, lengkaplah hidup saya ini...
Kepada semua yang menyampaikan doa kebaikan untuk saya sempena ulang tahun ini, terima kasih banyak-banyak. Saya juga mendoakan kebaikan yang serupa buat semua.
Selamat Ulang Tahun buat jiwaku, mindaku, jasadku dan rohku...
Happy 30th Birthday
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam.... rentaka
BalasPadammoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. teruskan usha demi untuk masa depan yang lebih cemerlang. semoga suatu hari nanti sdr. dapat membantu anak bangsa serta menjadi contoh kepada yang lain.kuatkan semangat mantapkan ilmu insyaallah kejayaan akan menjadi milik saudara.
salam jai,
BalasPadamTerima kasih atas doa.
Insya-Allah, saya akan terus berusaha demi anak bangsa saya...
HAPPY BELATED BIRTHDAY MY FRIEND...
BalasPadam