Nampaknya isu PPSMI masih belum selesai. Setelah berbondong-bondong kumpulan menentang pelaksanaan PPSMI (walaupun dah dilaksanakan 6 tahun), kini wujud pula kumpulan yang menyokong PPSMI diteruskan. Polemik ini bakal berterusan sehingga Menteri Pelajaran baru (jika berlaku) dilantik dalam rombakan kabinet selepas Perdana Menteri baru dilantik.
Siaran Buletin Utama TV3 malam tadi menyiarkan pendapat orang ramai yang menyokong PPSMI. Siaran TV3 ini dipetik dari portal TV Pendidikan di www.eduwebtv.com. EduwebTV dipetik sebagai berkata - Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik, PPSMI perlu dilihat daripada aspek tanggunjawab kerajaan dalam membangunkan generasi murid yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi.
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=21&vidgrp=1&idcaller=menu_pub#
Selain itu, tindakan membuat laporan polis kerana PPSMI dikatakan melanggar perlembagaan negara juga dipertikaikan kerana laporan ini dibuat selepas 6 tahun pelaksanaan PPSMI. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoal tindakan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) membuat laporan polis berhubung Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya selepas enam tahun dasar itu diperkenalkan. Beliau berkata dasar PPSMI telah diperkenalkan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran lagi.
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=21&vidgrp=1&idcaller=menu_pub#
Dakwaan liar bahawa ada 4 negeri (Sabah, Sarawak, Perlis dan Kelantan) yang gagal dalam Sains dan Matematik dalam UPSR lepas juga jelas bermotif jahat. Sebagai guru, tidak sesekali perkatan gagal digunakan apabila merujuk kepada yang tidak mencapai tahap tertentu. Perkataan gagal adalah terma yang kejam kepada seorang murid. Malah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan akhbarnya berkata, keempat-empat negeri tersebut mencapai tahap melebihi 60%. Persoalan kini, data manakah yang dicapai oleh pihak membuat dakwaan liar tersebut.
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=21&vidgrp=1&idcaller=menu_pub#
Kini, sampai masa kita membuat satu keputusan muktamad. Teruskan atau hentikan PPSMI. Jangan lagi kita gadaikan masa depan anak bangsa kita demi keuntungan peribadi kita.
Saya juga dulu adalah guru Matematik era PPSMI. Saya tahu apa yang berlaku !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan