18 Februari 2009

Catatan 7 - PPSMI : Hujah@TV9

Malam tadi saya menonton rancangan Hujah di TV9. Siri kali ini menarik kerana dibuat secara langsung dari DBP dengan tetamunya 3 orang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Semua aspek dan isu-isu terkini dihujahkan oleh ketiga-tiga panel malam tadi.

Salah satu isu adalah pelaksanaan PPSMI. Namun, saya agak kecewa kerana jawapan yang diberikan oleh panel hanyalah "jawapan selamat". Dalam keadaan polemik hari ini, calon Ketua Pemuda masih belum berupaya memperlihatkan pendirian sebenar dalam isu PPSMI. Panel-panel tidak berani mengatakan bersetuju atau menentang, sebaliknya "bersetuju dengan pindaan". Ini bermakna, ada agenda tersirat dalam hujah mereka.

Bagi pembaca blog yang mungkin tidak dapat menonton atau ingin menonton semula rancangan Hujah malam tadi, bolehlah menonton di laman web TV9 - http://www.tv9.com.my/. Anda mungkin perlu mendaftar untuk menonton. Jika inginkan rakamannya, boleh dapatkannya daripada saya, yang telah dimuat turun dari laman web TV9. Hakcipta rakaman adalah hakmilik TV9 / Primeworks Studios.

Apapun, syabas TV9 kerana memberi ruang kepada rakyat memahami aspirasi pemimpin.

3 ulasan:

  1. Hakikatnya, sebahagian besar org politik ni tidak memperjuangkan kepentingan rakyat pun tapi lebih mengutamakan kepentingan peribadi. Alasan patuh dan taat pada dasar parti selalu jadi modal basi.

    BalasPadam
  2. susahnya menjadi pemimpin namun kita semua masih suka bertanding.
    adakah berebut untuk memimpin atau sekadar untuk bersamping.
    hendak membela ke hendak membela. ejaan sama sebutannya lain.

    BalasPadam
  3. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Menawarkan diri untuk dipilih sebagai pemimpin perlulah disertai dengan sikap amanah dan bertanggungjawab.

    Penyokong yang mengangguk belum tentu menyetujui, penyokong yang mengkritik bukanlah penentang, berbeza pendapat itulah yang mematangkan kita...

    BalasPadam